Friday, April 9, 2010

malaysian cinema

Bincang dengan teliti impak daripada kelahiran ramai pengarah filem muda terhadap industri perfileman di Malaysia.

Kehadiran ramai pengarah muda telah menimbulkan impak yang besar dalam industri perfileman Malaysia.Ia seolah-olah sebuah revolusi yang berkembang pesat dengan idea-idea kreatif yang ditimbulkan pengarah-pengarah muda.Banyak filem yang dihasilkan mendapat tempat dihati penonton. Industri perfileman tempatan juga telah mencatat beberapa kejayaan dengan kemenangan anugerah di festival filem peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, filem MUKHSIN telah memenangi anugerah Crystal Bear (Special Mention) Best Feature Film danbanyak lagi. Filem-filem daripada karyawan muda tempatan seperti FLOWER IN THE POCKET, LOVE CONQUERS ALL , AS I LAY DYING, CHALANGGAI juga telah mengharumkan nama negara di festival antarabangsa seperti Rotterdam International Film Festival (2007 & 2008), Pusan International Film Festival (2007)dan 4th Independent Film Festival of Portugal (2007).Ini jelas memberi impak yang besar kepada industri perfilem Malaysia.

Kehadiran pengarah-pengarah filem muda juga telah menampakkan pembaharuan yang amat nyata dalam industri filem. Pengarah berani menimbulkan sesuatu yang baru dan boleh dianggap segar di Malaysia. Contohnya filem Evolusi KL Drift 1 dan 2,filem seperti ini boleh dianggap satu kejayaan pengarah filem muda kerana sifat berani pengarah muda mengambil risiko sama ada filem seperti ini mendapat tempat dihati penonton ataupun tidak kerana kita sedia maklum filem ini agak bertentangan dengan budaya ketimuran.Apa yang istimewanya adalah pengarah muda telah menimbulkan dan memberitahu penonton agar tidak terkongkong dalam minda yang sempit kerana di Malaysia,gejala yang tidak sihat amat berleluasa.Ini yang cuba ditimbulkan oleh pengarah agar kita sama-sama dapat membendungnya daripada menjadi semakin teruk.

Mungkin Yasmin boleh dianggap sebagai 'gila' kerana begitu berani mempertaruhkan muka baru dalam filem-filem arahannya untuk menerajui, tetapi aruah Yasmin, dia sentiasa berfikiran positif serta optimis dengan segala tindakannya. Talentime yang disifatkan sebagai sebuah karya yang cukup membanggakan mereka sebagai anak Malaysia. Alasannya cukup mudah. dilahirkan di bumi bertuah Malaysia yang sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.


No comments:

Post a Comment