Friday, January 22, 2010

penulisan skrip

FADE IN:
EXT. JALAN RAYA-PAGI
Di sebuah jalan raya yang mengalami kesesakan lalulintas. Di sebuah bandar raya.
Tumpuan kepada seorang lelaki yang menunggang motorsikal. Dalam lingkungan usia 60-an. Menggunakan kemeja merah. Mengunakan motorsikal Modenas dan bertopi keledar warna biru.
Lelaki tersebut bernama PAK MAIL. Pak Mail tersenyum. Kelihatan gembira.
CUT TO:

EXT. JALAN RAYA-PAGI
Pandangan pada sebuah lampu traffic. Lampu berwarna merah. Semua kenderaan berhenti.
Kelihatan berberapa orang memakai pakaian seragam berwarna putih. Mereka adalah polis trafik.
Kelihatan juga polis-polis trafik tersebut seperti memeriksa kenderaan.
CUT TO:

EXT. JALAN RAYA-PAGI
Pak Mail kelihatan tenang. Matanya meninjau-ninjau melihat apakah yang berlaku di hadapan. Pak Mail mengeluarkan dompet. Pak mail mengeluarkan lesen P. Selepas itu Pak Mail menyimpannya semula.
PAK MAIL
Alah..buet apo hang pa nak risau. Dok wat salah apo pun.
CUT TO:

EXT. JALAN RAYA-PAGI
Kelihatan polis trafik menahan beberapa buah kenderaan termasuk motorsikal.
Kelihatan juga polis trafik memberi kertas kepada pemandu-pemandu kenderaan.
Ia adalah surat saman. Giliran Pak Mail telah tiba. Pak Mail ditahan.
POLIS TRAFIK 1
Selamat pagi Pak Cik. Maaf ya,kerana kami menjalankan tugas memeriksa kenderaan yang melakukan kesalahan.
PAK MAIL
Kenapa pulak mok mintak maaf kalo hang menjalankan tugas.
POLIS TRAFIK 1
Mintak lesen Pak Cik.
PAK MAIL
Oh lesen..nah.
Polis berpuas hati dengan lesen Pak Mail. Polis memandang kepada kenderaan Pak Mail.
POLIS TRAFIK 1
Pak Cik,P mana?
PAK MAIL
P Sungai Petani. Ado keluargo buek kenduri.
POLIS TRAFIK 1
Bukan itu Pak cik. P mana?
PAK MAIL
Kan Pak Cik da gitau ngan hang Pak Cik nak P Sungai Petani.
Pak Mail kelihatan marah. Polis tersebut kelihatan binggung.
POLIS TRAFIK 1
Pakkkk cikkk....saya tanya P mana.
PAK MAIL
Awat hang ni pekak ka? Pak cik nak P Sungai petani.
Polis tersebut kelihatan bingung dan berbisik sesuatu kepada rakan rakannya.
Kelihatan polis trafik tersebut mengangguk kepala semasa rakannya bercaakap kepadanya.
Polis trafik tersebut kembali kepada Pak Mail.
POLIS TRAFIK 1
Pak Cik boleh jalan.
PAK MAIL
Tau pun suruh jalan. Ingat aku ni bodoh ka tak tau jalan P sungai petani.
Pak cik mail menghidupkan enjin motorsikal lalu berlalu. Kelihatan berberapa polis trafik yang lain ketawa dan polis trafik yang menahan Pak Mail menggeleng kepala.
FADE OUT.

No comments:

Post a Comment