Saturday, January 23, 2010

penulisan skrip

FADE IN:
INT. GEREJA - SIANG
Lokasi yang digunakan adalah gereja.Kelihatan ramai orang di gereja.Kebanyakkan yang hadir menggunakan pakaian serba hitam.
Terdapat sebuah keranda berdekatan altar.
Kelihatan juga seorang Paderi menggunakan jubah putih memengang sebuah Kitab dan mendoakan roh si mati(HAROLD).
Kelihatan yang hadir sedang meratapi kematian seseorang(HAROLD).
CUT TO:
EXT. KUBUR - PETANG
Kelihatan cuaca cerah.Empat oang sedang mengusung keranda.
Diikuti berberapa orang iaitu isteri Harold(TRACY),anak Harold(DASSY),teman wanita Harold(EDONA) dan berberapa lagi orang memberi penghormatan terakhir pada Harold.
Selepas selesai memberi penghormatan terakhir semua balik.
CUT TO:
EXT. KUBUR - MALAM
Suasana gelap,seram dan suram.
Kelihatan juga embun tebal dan bunyi-bunyi anjing menyalak dan kedengaran bunyi unggas yang menyeramkan.
Harold bangkit,duduk.Harold terpinga-pinga dan memandang sekelilinig.
Harold berpeluh dan ketakutan.
HAROLD
Kat mana ni?
Tiba-tiba muncul lembaga yang menakutkan(SYAITAN).Berjubah hitam,memegang tongkat dan bertaring.
SYAITAN
Hahahahahaha……(Dengan nada yang nyaring dan menakutkan)
HAROLD
Sapa kamu?Nak apa?Dimana aku?
SYAITAN
Manusia pendosa!Hina…hahahaha..Tanya la diri kau manusi.Kamu di tempat aku.Mulai saat ini akulah raja kamu..hahahahaaha..
Syaitan memandang tepat ke arah Harold.
Harold menggigil ketakutan.
HAROLD
Apa yang telah aku lakukan?Sapa kamu kendak mengadili aku?Dah la,malas nak layan.Aku nak balik.Anak bini aku tunggu aku dirumah.Buang masa.Gila!(Dengan nada mengherdik)
SYAITAN
Apa kau tau tentang.Disini la keadilan kamu.Neraka!Tak sedar diri,pergi la balik.kau tu dah mati.(Nada Kasar)
Syaitan menjulang tonfkat dan kilat sabung menyabung.
Harold menggigil.
HAROLD
Mati?(Menangis)
BACK TO:
EXT. LORONG GELAP - MALAM
Harold dipukul oleh sekumpulan SAMSENG.Dua orang samseng berpakaian hitam menahan kedua-dua lengan Harold.Seorang KETUA SAMSENG mengeluarkan pistol dan menembak Harold.Harold longlai dan tidak bernyawa.
Samseng memeriksa nadi Harold dan menggleng kepala kearah Ketua mereka.
Ketua menggunakan isyarat tangan membawa rakan-rakannya beredar.
Kelihatan salah seorang daripada mereka menyepak Harold.
CUT TO:
EXT. KUBUR - MALAM
HAROLD
Kenapa aku dibunuh?Apa salah aku?Aku tak pernah kacau orang.Baik kau hantar aku balik.Anak bini aku mesti tunggu aku dirumah.
SYAITAN
Ingat anak bini?Hina!manusia hina.hahahahaaha..Tak sedar diri
Syaitan menjulang tongkat dan serta merta kilat dentum-mendentum.
BACK TO:
INT. KELAB MALAM - MALAM
Ramai orang di kelab malam.Terdapat banyak ragam.Ada yang tengah menari.Ada yang tengah bercumbu-cumbuan.Ada yang tengah minum arak.
Harold tengah merokok sambil memegang gelas.Kelihatan seorang wanita canti disebelah Harold iaitu teman wanitanya EDONA.
Harold memandang Edona dengan penuh perasaan.
Edona pula senyum dan meramas pipi Harold.
Harold memegang tangan teman wanitanya dan mengucup tangan teman wanitanya yang cantik itu.
Harold meneguk arak dalam gelas.Harold meletakan gelas atas meja dan menarik tangan edona dan mereka menari.
HAROLD
Tipu!arrrrghhhh..(Menggosok rambut dengan penuh rasa keliru)Aku ada anak,ada bini.Aku saying anak bini aku…arrrggghhhhh
SYAITAN
Buktikan!Hina!
BACK TO:
INT. RUMAH - TENGAH HARI
Kelihatan TRACY sedang menyiapkan makanan di dapur.Anak Harold DASSY sedang bermain anak patung di ruang tamu.Kelihatannya seperti keluarga bahagia.Harold balik dari kerja untuk makan tengah hari.
Dassy berlari kearah Harold dan Harold memeluknya.
Harold ke dapur.tracy tidak sedar kedatangan Harold.Harold menutup mata Tracy dengan telapak tangannya.Tracy meleraikan tangan Harold dan Harold menyerahkan kotak cincin dan membukanya lalu menyarungkan cincin pada telunjuk isterinya.Isterinya sangat gembiraMereka makan bersama.
CUT TO:
EXT. KUBUR - MALAM
SYAITAN
Itu je?hhahahahaaha…Itu sebelum kau masuk ke kancah dosa manusia hina!Nafsu buas..
BACK TO:
EXT. LORONG GELAP - MALAM
Kelihatan Harold sedang berbincang dengan samseng.Kelihatan Ketua samseng mengeluarkan sejumlah wang.
Harold kelihatan gembira dan mencium duit.
Samseng-samseng berlalu.
CUT TO:
INT. KEDAI EMAS - SIANG
Harold berjalan berpimpin dengan Edona.
Mereka menuju ke sebuah kedai emas
Edona memilih cincin.Banyak yang dipilih.
Edona ternampak cincin berlian.
Edona mengambilnya dan menayangkan pada Harold.
Harold tidak setuju.Edona merajuk.
Duit Harold tidak cukup.Harold menyerahkan kad kreaditnya.Edona gembira dan memeluk Harold.
CUT TO:
INT. KELAB MALAM - MALAM
Harold tengah menari dengan teman wanitanya. Datang samseng menangkap Harold.
Suasana kelab malam menjadi kecoh.
Harold dibawa keluar.
DISSOLVE TO:
EXT. LORONG GELAP - MALAM
Harold dibawa ke lorong gelap.
Harold dibelasah.
CUT TO:
EXT. KUBUR - MALAM
SYAITAN
Hahahahahahaha…manusia hina…
HAROLD
Tolong…saku insaf..lepaskan aku..
SYAITAN
Ini lah tempat paling layak buat kamu…kegelapan…
Syaitan menjulang tongkat dan ketawa..
Kilat sabung menyabung.
HAROLD
Tidakk…(menjerit)
CUT TO:
INT. BILIK - MALAM
Harold bangun.Ada isteri dan anak disisinya.
Harold diatas katil.
Harold mengimbas kembali peristiwa yang berlaku.
FADE OUT.

1 comment:

  1. skrip y sy buat sem lepas dan telah mjadi filem pendek kumpulan kami untuk projek akhir

    ReplyDelete